Tuesday, 15 January 2013

Mengapa Saya Memilih Shaklee Sebagai Supplement

Saya mula amalkan vitamin Shaklee pada tahun 2011 iaitu semasa tempoh berpantang anak kedua. Set penyusuan menjadi pilihan saya ketika itu. Set ini terdiri daripada vitamin B-complex, vitamin C, Vitalea, Alfalfa dan Ostematrix. Dengan izin Allah, sepanjang mengambil set ini saya berjaya mengumpul EBM hampir 100 cup x 3oz  sepanjang tempoh berpantang.


Stok EBM saya semasa tempoh berpantang
Pengambilan vitamin secara teratur dan konsisten memberi impak yang sangat positif terhadap tubuh. Saya tidak merasa letih walaupun perlu bangun 2 hingga 3 kali setiap malam untuk menyusu bayi dan mengepam susu. Fikiran menjadi sangat tenang menyebabkan aliran susu menjadi sangat lancar. Dengan izinNya, saya mampu mengumpul 8 hingga 10 oz setiap kali sesi mengepam.

Sebagai seorang Ahli Farmasi, saya sangat detail tentang pengambilan vitamin dan ubat-ubatan lain. Percaya atau tidak saya tidak pernah mengambil sebarang ubat sekiranya demam, batuk dan sakit-sakit yang lain walaupun saya bekerja dikelilingi dengan ubat-ubatan. Ini kerana saya sangat mengenali ubat-ubat yang ada di depan mata saya. Saya tahu apa kebaikan dan keburukannya. Saya seperti dapat membayangkan dimanakah ubat-ubat kimia ini menyusuri salur darah didalam tubuh saya dan bagaimana ia memberi kesan negatif kepada tubuh. 

Mengenali Shaklee yang produknya adalah dari sumber-sumber natural memberi kepuasan kepada saya. Perkara pertama yang saya lihat produk-produk Shaklee mempunyai tempoh luput yang pendek. Dari mula ia dihasilkan (manufacturing date) sehingga ke tarikh luputnya mengambil masa lebih kurang 2 tahun sahaja berbanding ubat-ubat kimia yang mempunyai tempoh luput sehingga 5 tahun ke atas. Secara logiknya sumber asli memang kurang bertahan berbanding sumber kimia.

Keduanya, rata-rata produk Shaklee tidak mempunyai silika gel didalam botol penyimpanannya, Terbukti ia dari sumber asli.

Ketiga, produk Shaklee disediakan dalam pakej yang lengkap. Contohnya Ostematrix dihasilkan dengan penambahan vitamin D didalamnya dimana fungsi vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium secara maksimum. Vitamin E disekalikan dengan selenium dimana bahan ini amat penting untuk penyerapan vitamin E. B-complex didatangkan dengan kombinasi 8 jenis vitamin B yang lengkap dan belum pernah lagi saya terjumpa vitamin B-complex dikombinasikan bersama Folic Acid melainkan dari Shaklee. 

Keempat, sudah tentulah apabila mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten, In shaa Allah, dengan izinNya kesihatan anda, saya dan keluarga bertambah baik. 


MENGAPA SAYA SERONOK MENJANA INCOME DENGAN SHAKLEE

Saya bersama Shaklee bukanlah kerana keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada ingin berkongsi kebaikan dan keistimewaan Shaklee dengan keluarga dan rakan-rakan.

Yang lebih istimewanya Shaklee pada pandangan peribadi saya, ia sentiasa memberi kehidupan, pemikiran dan anggapan yang positif walau dalam apa keadaan sekalipun. Terima kasih kepada guru saya Kak Norita yang sentiasa menebarkan aura-aura yang sangat ikhlas dan positif walaupun hanya dengan tulisan beliau. Saya sangat seronok menjadi insan yang berjiwa seperti ini.  Memang sangat-sangat diakui sejak berkongsi kebaikan Shaklee, terasa diri ini semakin dekat dengan Yang Maha Pencipta. 

Selain itu, Shaklee memang memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha kita. No hidden agenda. Semakin kita berusaha, semakin banyak income yang akan dijana, Tiada istilah tindas menindas dalam perkara ini. Malah, amat mudah sebenarnya untuk memperkenalkan Shaklee kepada keluarga dan sahabat handai kerana produk-produknya telah wujud lebih kurang 57 tahun yang lalu. Ramai orang yang tahu atau pernah dengar tentang Shaklee cuma mereka belum lagi diizinkan untuk mencubanya. 

Sekiranya anda ingin tahu dengan lanjut tentang produk-produk Shaklee, silalah hubungi saya. Saya amat mengalu-alukan dan amat berbesar hati untuk berkongsi segala kebaikan Shaklee bersama anda.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms/whatsapp : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
FB : Shahrunnisak Abdul Karim



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...