Saya telah didiagnose mengalami Prophylaxis Migraine lebih kurang 3 minggu lepas. Migraine saya agak kritikal juga. Keputusan EEG saya, MasyaAllah grafnya sangatlah menakutkan. Migraine ada banyak jenis dan yang sedang saya hadapi adalah 'Cluster Migraine' dimana sakitnya menekan di sekitar mata kanan sahaja.
Doktor bekalkan saya dengan 4 jenis ubat iaitu Flunarizine 5mg (untuk migraine), Amitriptyllin 25mg (ubat ini biasanya diberi untuk merawat depression), Dexamethason (steroid) dan Naproxen (pain killer). Saya memang tidak gemar mengambil ubat walaupun saya adalah ahli farmasi.
Saya mencari alternatif untuk merawat migraine kerana tidak mahu bergantung kepada ubat kimia. Alhamdulilah Allah mengilhamkan saya untuk mengambil B-complex secara konsisten. 3 hari pertama saya mengambil 2 biji B-complex. Migraine saya beransur kurang atau dalam kata yang lain sakitnya masih ada tetapi tidak kuat. hari ke-4 saya hanya ambil sebiji sahaja bersama vitamin C selepas sarapan pagi. dan hari ini selepas 7 hari mengambil B-complex secara konsisten saya tak mengalami sakit kepala lagi walaupun waktu tidur saya hanya 3 jam sahaja.
Saya mula mencari artikel-artikel tentang migraine. Memang ternyata benar B-complex merupakan salah satu vitamin yang membantu merawat migraine kerana vitamin ini banyak membantu tugas-tugas saraf dan salur darah didalam otak agar mereka dapat bekerja dengan lebih baik dan efisien.
Dan inilah vitamin B-complex yang menjadi rakan karib saya sekarang
Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
Assalammualaikum, saya mohon untuk share post ini di blog saya di http://empattahun.blogspot.com boleh?
ReplyDeleteboleh..silakan:)
ReplyDelete