Saturday 29 September 2012

Vitamin apa yang sesuai untuk saya???

Jom lihat set vitamin yang mana satukah untuk anda?

Set A (Optimum)* – set A ialah set asas untuk kesihatan tubuh badan. Semua orang dewasa, remaja serta warga emas sesuai untuk menggunakan set ini yang terdiri dari Vitalea, B Complex dan Vita-C.

Set B (Breastfeeding)* – walaupun set B adalah set penyusuan, namun ia sesuai untuk setiap golongan kerana kebaikan alfalfa yang terkandung dalam set ini adalah sangat banyak (selain penggalak susu).  Set penyusuan ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Alfalfa.

Set B1* – set B1 adalah  set penyusuan namun ia mengandungi 330 biji alfalfa (biasa ialah 60 biji sahaja).

Set C (confinement)* – set bersalin dan berpantang, khas untuk ibu-ibu yang mementingkan kecergasan untuk menguruskan bayi, mengelakkan meroyan, memulihkan luka serta sesuai untuk penyusuan. Set ini terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Zinc.

Set C+Milk Booster *– set bersalin dan berpantang sama seperti set C dengan tambahan alfalfa untuk penyusuan.

Set D (skincare)* – set penjagaan kulit wajah khas buat mereka yang mengalami masalah kulit. Ia juga adalah set antioksidan bagi mencegah kanser serta kesihatan tubuh badan secara umumnya. Set D terdiri dari B Complex, Vita C dan Vita E.

Set E (breastfeeding & bones) *– set E terdiri dari set penyusuan bersama tambahan kalsium. Sesuai juga untuk para wanita bagi mengelakkan osteoperosis. Ostematrix (kalsium) adalah mengandungi vitamin D untuk penyerapan kalsium.

Set F (feminin)* – lumrah bagi wanita mengalami pelbagai masalah kewanitaan. Set feminin ini boleh membantu anda mengatasi masalah seperti keputihan, sakit urat dan sendi, keradangan dan sebagainya. Set F terdiri dari Vita E dan Alfalfa.

Set G (5 serangkai)* - set untuk mereka yang bermasalah elergi, resdung, asma, gegata, ekzema dan alahan. Ia mengandungi B complex, Vita C dan Alfalfa.

Set H (immune booster) *– khas buat mereka yang mengalami masalah imuniti tubuh, misalnya kerap sakit, mereka yang menghidap asma, sering demam dan sebagainya. Nutriferon menguatkan imuniti tubuh. Set ini terdiri dari Nutriferon.

Set J1* – set ini adalah untuk mereka yang hamil trimester pertama (bulan 1-3). Terdiri dari Vitalea, B Complex, Vita C dan Ostematrix.

Set J2* – set kehamilan trimester kedua dan ketiga, mengandungi vitamin dan mineral seperti di atas dengan tambahan Omega Guard.

Triple M set *- set E+Energizing Soy Protein (ESP) sebagai set penyusuan optimum untuk memberikan kesihatan menyeluruh kepada ibu menyusu.

Kredit to Mommy Lyna

Pakej di atas disediakan untuk memudahkan anda memilih. Namun jika keperluan anda adalah berlainan, anda boleh menghubungi saya seperti di bawah.


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com

Friday 28 September 2012

Raja Segala Tumbuhan


Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun dan dikenalpasti sebagai tumbuhan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.
Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin dan 8 enzim. 

Antara manfaat alfalfa yang telah dikenalpasti adalah :

* Mencuci hati, darah dan usus  -  Ia bersifat alkali justeru boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin badan, membersihkan hati, kolon, dan darah.
* Melawan alahan  -  Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap dan bau badan.
* Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut  -  Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
* Menyingkirkan lemak dan kolesterol  -  Kajian klinikal terbukti bahawa alfalfa boleh mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
* Melegakan keletihan
* Mencegah atritis

Shaklee Alfalfa Complex
Shaklee alfalfa (Medicago sativa) ditanam secara organik. Bebas dari pestisid dan menggunakan baja bebas kimia. Medicago sativa memiliki gred yang tertinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.  Daun alfalfa shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang kaya dengan klorofil dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.

Pengalaman saya mengambil alfalfa sepanjang penyusuan amatlah memuaskan. Ternyata, susu yang dihasilkan lebih banyak dari biasa dan lebih pekat. Susu yang terhasil kelihatan agak kehijauan sedikit tetapi itu tidak manjadi masalah kepada anak. 

Didatangkan dengan 2 pembungkusan seperti berikut :
 Alfalfa (330 biji) - RM53.75 (EM) 
Alfalfa (700 biji)  - RM 97.50 (EM)

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com

Shaklee Price List


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com

Thursday 27 September 2012

C untuk "CANTIK"



Jom kita gali ilmu tentang Vitamin C


Vitamin C adalah vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang normal.

Vitamin larut air ini mudah hilang dari tubuh melalui air kencing. Ini bermakna kita memerlukan bekalan vitamin C yang berterusan dalam diet seharian.

FUNGSI
1) Membentuk kolagen untuk membina sel kulit, tendon, ligamen, dan saluran darah
2) Menyembuhkan luka dan merawat parut
3) Memperbaiki sistem pendarahan
4) Meningkatkan sistem imun tubuh
5) Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang pengaktifan radikal bebas (Radikal bebas merupakan salah satu bahan yang menyebabkan kanser dan penyakit jantung)
6) Mencantikkan kulit
7) Membantu mengekalkan kolesterol baik (HDL)

Terlalu sedikit vitamin C boleh membawa kepada tanda-tanda dan gejala kekurangan termasuk:

1) Anemia
2) Gusi berdarah
3) Kurang keupayaan untuk melawan jangkitan
4) Menurunkan kadar penyembuhan luka
5) Rambut kering dan bercabang
6) Mudah lebam
7) Gingivitis (radang gusi)
8) Hidung berdarah
9) Kulit kasar, kering dan bersisik

Tubuh kita tidak mampu menghasilkan vitamin C, dan ia juga tidak menyimpan vitamin C. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil secukupnya makanan yang mengandungi vitamin C dalam diet harian.

Memasak makanan dalam tempoh masa yang panjang boleh mengurangkan kandungan vitamin C. Sumber makanan yang terbaik untuk vitamin C adalah buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak atau mentah.

Perokok atau mereka yang terdedah kepada asap rokok memerlukan jumlah pengambilan vitamin C yang lebih tinggi kerana vitamin ini mudah termusnah akibat terdedah kepada asap rokok Begitu juga kepada wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Pengambilan vitamin C perlu ditingkatkan dalam diet harian. 

Sumber :MedlinePlus Medical Encyclipedia


Vitamin C Shaklee, apa kelebihannya??



1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release dimana ia dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin C  mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.

2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.

 

3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C  dengan lebih baik.


Sebotol mengandungi 180 biji vitamin C (500mg/tablet)
Pengambilan sebiji sehari membolehkan ia bertahan selama 6 bulan

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com 

Turunkan berat badan dengan Lecithin




Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin : 
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA 
- Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
- Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
- Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
-Membantu kawal paras triglycerides.
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di  pembuluhan-pembuluhan darah.
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Credit to Kak N

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com

Jenguk-jenguk ya... mungkin ada yang berkenan :)


Ini adalah vitamin-vitamin yang ada di Shaklee.. 

Mungkin apa yang anda cari ada di sini..







 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Kredit to Cery

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com

Vitamin Wajib "B-Complex"


Sering kita dengar orang mengeluh "saya letih", "saya takde tenaga" atau pun "saya tension la". Kenapa agaknya ya tubuh kita selalu tunjuk simptom-simptom macam ni?

Jawapannya kerana tubuh ini kekurangan Vitamin B-complex. Tubuh tak pernah menipu ya. Jika kekurangan sesuatu vitamin, tubuh kita tak malu-malu untuk menunjukkan simptomnya. 

Apa itu Vitamin B-Complex?
Vitamin B-Complex merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut dalam air. Kumpulan B-Complex terdiri daripada sebelas vitamin B iaitu:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B11
7. B12 (cobalamine)
8. Acid folic
9. Asid panthothenic
10. Biotin
11. Amino Asid 

Kelebihan Vitamin B Complex 

Vitamin ini bertindak sebagai:

•membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.
•membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu sistem saraf berfungsi dengan normal)
•Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk kesihatan kulit, rambut, mata dan kuku
•Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran.
•Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina bifida.
•Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik.





Mengapa pula Shaklee Vitamin B-Complex?

Kerana ia lengkap dengan 8 vitamin B yang penting untuk tubuh iaitu :

1. Thiamine (B1)
2. Riboflavin (B2)
3. Panthothenic Acid
4. Niacin
5. Biotin
6. Folic Acid
7. Pyridoxine (B6)
8. Cobalamine (B12)

•Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
•Mudah di telan


Kepentingan Pengambilan Vitamin B complex Shaklee:

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Stress mampu memusnahkan B-Complex sama ada stress dari mental atau fizikal. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

4. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B-Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

5. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complex dengan mudah.

6. Pengambilan kafein juga boleh memusnahkan B-complex


Adakah kita berada diantara salah satu situasi diatas? Jika ya, pengambilan B-complex perlulah dititik beratkan.

Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi saya melalui:
Call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com

Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Bersama Shaklee


Saya berjaya menyusukan puteri pertama, Nasuha dengan khasiat susu ibu sehingga umurnya setahun 3 bulan. Masa tu takde consume apa-apa vitamin pun. Cuma minum banyak air dan jaga makan. Saya tak pernah biarkan perut lapar kerana yakin itu akan mengurangkan penghasilan susu.

Melahirkan putera kedua Abdul Naqeeb, saya bertekad untuk menyusukan beliau dengan tempoh yang lebih lama dari kakaknya. Alhamdulilah semasa dalam pantang saya telah berkenalan dengan Shaklee dan timbul perasaan ingin mencuba vitamin-vitamin dalam set penyusuan iaitu:

1. B-complex
2. Vitalea Multivitamin
3. Vitamin C
4. Alfalfa

Saya bermula dengan trial pack sahaja. Perasaan was-was masih ada dan takut tak dapat habiskan kesemua vitamin berkenaan jika ambil full pack.

Alhamdulilah setelah amalkan vitamin-vitamin tersebut,jelas sekali pengeluaran susu amatlah memberansangkan. Jika dulu tiap kali pam,saya hanya berjaya mengumpul 3-4 oz sahaja tetapi dengan bantuan vitamin Shaklee saya dah mampu kumpul EBM sehingga 8-9 oz setiap sesi. Wah, sangat teruja!

Habis sahaja tempoh berpantang, saya berjaya mengumpul stok EBM sebanyak 80 X 30oz. Peti sejuk dah tak muat lagi nak simpan. terpaksala encik suami beli freezer untuk menyimpan stok-stok tersebut :)

Ni ada sedikit gambar stok EBM saya selepas tempoh berpantang dulu




Dan gambar diatas ni si bambam Abdul Naqeeb semasa umur 3 bulan.

InsyaAllah, di entry akan datang saya  cuba kongsikan kepentingan setiap vitamin dalam set penyusuan ini.

Mengapa Shaklee??


Shaklee diasaskan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1956.

Shaklee mendukung 3 konsep iaitu SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM


SELAMAT

* Menjalankan lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru
* Jaminan kesucian
* 100% tidak mempunyai kandungan berbahaya seperti parabens, Triclosan, Sodium Lauryl Sulphate
* Tiada pewarna tiruan, pemanis tiruan atau pearas tiruan.

BERKESAN

* Lebih dari USD300 juta dilaburkan untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan
* Lebih 100 buah jurnal penyelidikan saintifik telah diterbitkan untuk memastikan keberkesanan produk

MESRA ALAM

* Merupakan syarikat pertama yang mendapat sijil Iklim Neutral dan benar-benar mengimbangi pelepasan karbon dioksida
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...