Thursday 18 July 2013

Roti Jala Citrawarna dan Kari Daging Kerisik




Syukur alhamdulilah dengan segala rezeki kurniaan Allah Yang Maha Esa. Hari ni saya nak share resepi iftar hari ke-4 iaitu roti jala citrawarna dan kari daging kerisik.Jom kita belajar resepinya :)

Roti Jala Citrawarna (boleh rujuk resepi asal di sini)

Bahan-bahan (boleh dapat lebih kurang 15 keping roti jala)

  • 200g tepung gandum
  • 1 camca teh garam
  • 200 ml susu segar
  • 2 biji telur (di pukul sedikit )
  • 200 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air ) 
  • 2 pewarna yang disukai
  • minyak untuk melenser

Cara-cara

  1. Masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air.. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus. 
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan pewarna yang berbeza bagi setiap bahagian. Masukkan adunan ke dalam botol mayonis 
  3. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  4. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  5. Ambil botol pertama, buat jalaan menegak
  6. Ambil pula botol kedua, buat jalaan melintang
  7. Biar sebentar sehingga masak, angkat dan gulungkan

Kari Daging/Tetel Kerisik (Resepi asal dari K.fida)

Bahan-bahan ( 1 famili )

  • 1 kilo daging/tetel -dipotong nipis dan rebus empuk.
  • 2 sb cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 jari halia*
  • 4-5 sb rempah kari daging-dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga (penumis)
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya utk kuah

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bwg besar dan bwg putih yg dihiris juga daun kari hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam,asam gelugur,kerisik,kacau rata dan masak hingga mendidih.Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato.Renihkan lagi 10-15 min.Siap untuk dihidangkan. 

Yum...yum...yummy... laju je berbuka arini dengan roti jala cicah kari tetel. Lepas dah menikmati tetel yang berlemak tu wajib jugak la makan 2 biji Shaklee Garlic Complex untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...