Saturday, 26 January 2013

8 Vitamin Untuk Kesuburan


Vitamin E
Vitamin E adalah vitamin pilihan bagi keseluruhan sistem pembiakan lelaki dan perempuan. Bagi wanita, vitamin E meningkatkan kualiti mkus serviks, sekaligus meningkatkan peluang untuk persenyawaan telur.Bagi lelaki, vitamin E boleh memanjangkan jangka hayat sperma bila mana ia berada dalam sistem pembiakan wanita, ini dapat meningkatkan peluang agar telur disenyawakan dengan benih wanita. Vitamin E juga dapat meningkatkan kualiti sperma. Sumber semula jadi vitamin E adalah sayur-sayuran hijau, seperti bayam dan brokoli, gandum minyak kuman, kacang dan badam, zaitun dan minyak bunga matahari.
Vita-E Complex dilengkapi juga dengan Selenium



Vitamin C
Ia adalah  antioksidan yang sangat baik juga membantu dalam kesuburan kedua-dua lelaki dan perempuan. Bagi lelaki, ia mengurangkan kesan kerosakan radikal bebas pada kualiti sperma (radikal bebas boleh menurunkan kualiti sperma)). Bagi wanita,vitamin C mengekalkan keseimbangan hormon wanita khususnya dalam kes wanita yang mempunyai tahap progesteron rendah. Ia juga memberi keseimbangan yang tepat antara hormon estrogen dan progesteron. Ujian klinikal ke atas wanita telah membuktikan bahawa peluang untuk hamil adalah dua kali ganda dengan pengambilan vitamin C. Vitamin C boleh didapati dalam sumber makanan semula jadi seperti oren, lemon, limau, brokoli, cranberry, dan tomato.

Asid Folik
Asid folik adalah vitamin yang penting sebelum  dan semasa mengandung, kerana ia boleh menghalang spina bifida (kecatatan tulang belakang) pada bayi  dan kecacatan kelahiran lain yang berkaitan dengan pembangunan otak dan tulang belakang dalam bayi. Di samping itu, vitamin ini menggalakkan kesuburan di kalangan wanita dan menyediakan tubuh mereka untuk kehamilan. Pengambilan supplement asid folik dikatakan sangat bermanfaat kerana hanya 50% daripada asid folik yang ditemui dalam makanan yang dimakan boleh diserap oleh badan manusia. Sumber semula jadi termasuk bayam, brokoli, bit, dan asparagus. Dos suplemen adalah 400 mcg sehari.
Vitamin B6
Vitamin B6 menawarkan sokongan tambahan bagi meningkatkan kesuburan kerana ia mengimbangi paras hormon. Vitamin B6 memberi tumpuan terutamanya membetulkan tahap progesteron yang rendah wanita yang terjejas oleh kecacatan fasa lutealParas progesteron yang normal adalah penting dalam kehamilan.  Sebaliknyajika paras progesteron rendah,  ia boleh membawa kepada keguguran.Vitamin B6 boleh didapati secara semula jadi dalam sayur-sayuran yang paling, bijirin penuh dan pisang. Dos suplemen mencadangkan 50mg sehari.
Vitamin B12
Merupakan vitamin utama untuk meningkatkan kesuburan. Vitamin B12 meningkatkan berlakunya ovulasi. Vitamin B12 juga memperbaiki lapisan dalaman rahim/uterus, sekali gus mewujudkan persekitaran yang baik untuk persenyawaan telur. Vitamin B-komplek boleh ditambah kepada pengambilan harian, untuk membawa jumlah yang mencukupi kedua-dua B6 Vitamin dan B12.

Vitamin D
Vitamin D adalah penting untuk kesuburan kedua-dua lelaki dan perempuan. Ia merangsang tahap estrogen dan progesteron, mengawal haid dan meningkatkan daya maju sperma. Di samping itu, Vitamin D adalah vitamin yang penting semasa mengandung dengan kajian menunjukkan penggunaannya boleh mengurangkan risiko kelahiran pramatang serta risiko komplikasi kehamilan yang lain.
Omega-3 & Omega-6 asid lemak
Asid lemak seperti Omega-3 dan Omega-6 adalah sangat membantu kesuburan wanita dan semasa mengandung. Mempunyai tahap asid lemak yang mencukupi boleh mencegah keguguran dan kelahiran pra-matang. Sumber semulajadi asid lemak yang paling biasa termasuk flaxseeds, minyak ikan, minyak zaitun, minyak bunga matahari, biji dan kacang, dan alpukat.

Mineral lain 
Mineral tambahan lain yang amat berguna untuk wanita dan lelaki bagi meningkatkatkan tahap kesuburan adalah mineral seperti zink, selenium dan zat besi yang memastikan keseimbangan normal paras estrogen dan progesteron. Suplement vitamin yang betul adalah penting bagi mana-mana pasangan yang sedang mencuba untuk meningkatkan yahap kesuburan mereka.


Shaklee menyediakan kesemua 8 jenis vitamin ini untuk anda. Sila hubungi saya sekiranya ingin mendapatkan vitamin-vitamin yang dihajati. 

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms / whatsapp : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com



Sunday, 20 January 2013

Sumber Protein Terbaik - Energizing Soy Protein (ESP)


Anda mungkin tahu anda perlu makan protein, tetapi untuk apa? 
Manfaat protein untuk tubuh sangat besar. Kandungan protein dalam tubuh manusia mencapai sehingga 1/6 daripada berat tubuh manusia. Protein sangat penting untuk perkembangan setiap sel dalam tubuh dan juga untuk menjaga kekebalan tubuh. Pengambilan protein yang cukup amat penting dalam pertumbuhan dan ia juga boleh membantu dalam proses penyembuhan luka,  penghasilan sel hingga mengatur kerja hormon dan enzim dalam tubuh. Protein membina, mengekalkan, dan menggantikan tisu di dalam badan kita. Otot, organ-organ, dan sistem imun kebanyakannya terdiri daripada protein.
Apabila kita makan makanan yang mengandungi protein, jus pencernaan di dalam perut dan usus akan memecahkan protein dalam makanan kepada unit-unit asas, yang dipanggil asid aminoAsid amino-asid amino ini akan bergabung untuk membina beribu-ribu protein yang berbeza. Saintis telah mendapati banyak asid amino yang berbeza dalam protein, tetapi 22 daripadanya adalah sangat penting kepada kesihatan manusia.
Daripada 22 jenis asid amino ini, badan kita hanya boleh menghasilkan 13 jenis asid amino sahaja. Baki 9 asid amino lagi boleh didapati dengan pengambilan makanan yang kaya dengan protein. 



Anda mungkin pernah mendengar tentang makanan berasaskan soya  termasuk dakwaan bahawa soya mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Jadi apa cerita sebenar mengenai soya?
Soya, kacang serba boleh adalah sumber yang baik untuk membekalkan kesemua asid amino yang diperlukan tubuh. Soya menjadi pilihan istimewa kerana ia adalah sumber protein yang besar dan mengandungi nutrien penting lain seperti serat, vitamin B, Omega 3  dan  lemak tidak tepu (unsaturated fat). Makanan yang mengandungi protein soya juga dijadikan sebagai alternatif yang sihat untuk daging dan produk haiwan lain yang mengandungi kolesterol dan lemak tepu (saturated fat)
ESP - Protein Soya Lengkap dengan 22 Jenis Asid Amino Penting

Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dan mempunyai kajian klinikal yang sangat komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan ESP adalah organik,  tidak mengandungi GMO (Genitically Modified Organism). Setiap 850g ( 1 canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang boleh memberi tenaga segera dan bertahan lama.
Protein yang terhasil dari 3 sudu besar ESP adalah bersamaan dengan :                                                                                     2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu
Siapa yang perlu kepada ESP??  Semua peringkat golongan sebenarnya kerana sel-sel tubuh kita sentiasa mengalami proses kelahiran dan kematian. Untuk mendapatkan sel yang sihat maka keperluan protein yang cukup dan berkualiti amatlah penting.
Saya dan ESP
Semasa menyusu anak, ESP sangat-sangat membantu semasa proses penghasilan susu badan.Seperti yang diketahui komposisi utama susu ibu adalah kalsium dan protein, maka sangat bertepatan bagi ibu-ibu untuk mengambil ESP sebagai 'BAJA' untuk menghasilkan susu yang hebat yakni banyak dan berkualiti dengan izinNYA.
Saya juga menyukai ESP dari aspek pembentukan sel yang sihat. Benar, ESP telah mengurangkan kesan pigmentasi yang saya alami dan kulit terasa lebih anjal.
Sarapan pagi saya sebelum ke klinik

ESP dulu sebelum tidur


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms / whatsapp : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com



Tuesday, 15 January 2013

Mengapa Saya Memilih Shaklee Sebagai Supplement

Saya mula amalkan vitamin Shaklee pada tahun 2011 iaitu semasa tempoh berpantang anak kedua. Set penyusuan menjadi pilihan saya ketika itu. Set ini terdiri daripada vitamin B-complex, vitamin C, Vitalea, Alfalfa dan Ostematrix. Dengan izin Allah, sepanjang mengambil set ini saya berjaya mengumpul EBM hampir 100 cup x 3oz  sepanjang tempoh berpantang.


Stok EBM saya semasa tempoh berpantang
Pengambilan vitamin secara teratur dan konsisten memberi impak yang sangat positif terhadap tubuh. Saya tidak merasa letih walaupun perlu bangun 2 hingga 3 kali setiap malam untuk menyusu bayi dan mengepam susu. Fikiran menjadi sangat tenang menyebabkan aliran susu menjadi sangat lancar. Dengan izinNya, saya mampu mengumpul 8 hingga 10 oz setiap kali sesi mengepam.

Sebagai seorang Ahli Farmasi, saya sangat detail tentang pengambilan vitamin dan ubat-ubatan lain. Percaya atau tidak saya tidak pernah mengambil sebarang ubat sekiranya demam, batuk dan sakit-sakit yang lain walaupun saya bekerja dikelilingi dengan ubat-ubatan. Ini kerana saya sangat mengenali ubat-ubat yang ada di depan mata saya. Saya tahu apa kebaikan dan keburukannya. Saya seperti dapat membayangkan dimanakah ubat-ubat kimia ini menyusuri salur darah didalam tubuh saya dan bagaimana ia memberi kesan negatif kepada tubuh. 

Mengenali Shaklee yang produknya adalah dari sumber-sumber natural memberi kepuasan kepada saya. Perkara pertama yang saya lihat produk-produk Shaklee mempunyai tempoh luput yang pendek. Dari mula ia dihasilkan (manufacturing date) sehingga ke tarikh luputnya mengambil masa lebih kurang 2 tahun sahaja berbanding ubat-ubat kimia yang mempunyai tempoh luput sehingga 5 tahun ke atas. Secara logiknya sumber asli memang kurang bertahan berbanding sumber kimia.

Keduanya, rata-rata produk Shaklee tidak mempunyai silika gel didalam botol penyimpanannya, Terbukti ia dari sumber asli.

Ketiga, produk Shaklee disediakan dalam pakej yang lengkap. Contohnya Ostematrix dihasilkan dengan penambahan vitamin D didalamnya dimana fungsi vitamin D adalah untuk membantu penyerapan kalsium secara maksimum. Vitamin E disekalikan dengan selenium dimana bahan ini amat penting untuk penyerapan vitamin E. B-complex didatangkan dengan kombinasi 8 jenis vitamin B yang lengkap dan belum pernah lagi saya terjumpa vitamin B-complex dikombinasikan bersama Folic Acid melainkan dari Shaklee. 

Keempat, sudah tentulah apabila mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten, In shaa Allah, dengan izinNya kesihatan anda, saya dan keluarga bertambah baik. 


MENGAPA SAYA SERONOK MENJANA INCOME DENGAN SHAKLEE

Saya bersama Shaklee bukanlah kerana keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada ingin berkongsi kebaikan dan keistimewaan Shaklee dengan keluarga dan rakan-rakan.

Yang lebih istimewanya Shaklee pada pandangan peribadi saya, ia sentiasa memberi kehidupan, pemikiran dan anggapan yang positif walau dalam apa keadaan sekalipun. Terima kasih kepada guru saya Kak Norita yang sentiasa menebarkan aura-aura yang sangat ikhlas dan positif walaupun hanya dengan tulisan beliau. Saya sangat seronok menjadi insan yang berjiwa seperti ini.  Memang sangat-sangat diakui sejak berkongsi kebaikan Shaklee, terasa diri ini semakin dekat dengan Yang Maha Pencipta. 

Selain itu, Shaklee memang memberi ganjaran yang setimpal dengan usaha kita. No hidden agenda. Semakin kita berusaha, semakin banyak income yang akan dijana, Tiada istilah tindas menindas dalam perkara ini. Malah, amat mudah sebenarnya untuk memperkenalkan Shaklee kepada keluarga dan sahabat handai kerana produk-produknya telah wujud lebih kurang 57 tahun yang lalu. Ramai orang yang tahu atau pernah dengar tentang Shaklee cuma mereka belum lagi diizinkan untuk mencubanya. 

Sekiranya anda ingin tahu dengan lanjut tentang produk-produk Shaklee, silalah hubungi saya. Saya amat mengalu-alukan dan amat berbesar hati untuk berkongsi segala kebaikan Shaklee bersama anda.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms/whatsapp : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
FB : Shahrunnisak Abdul Karim



Tuesday, 8 January 2013

Shaklee Meal shake-Dari Ibu Untuk Si Manja

Anak kurang selera makan???




Inilah yang saya alami terhadap anak perempuan saya, Nasuha. Kurang makan maka kuranglah kandungan vitamin dalam badannya. Apa alternatif saya?

SHAKLEE MEAL SHAKE!!!

Meal shake adalah sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia dihasilkan bukan sahaja  untuk kanak-kanak tetapi untuk semua golongan. 

Saya memberikan anak-anak saya dengan vitamin terbaik ini sejak umur mereka mencecah satu tahun. Mudah, amat mudah. Hanya bancuhkan dalam susu mereka dan anak-anak dapat menikmati khasiat tambahan ini dengan baik.Tambahan pula anak perempuan saya sangat susah untuk diberikan sebarang vitamin berbentuk pil. Maka Meal Shake menjadi pilihan yang terbaik.

Antara manfaat Meal Shake yang boleh saya kongsikan adalah:

1)  Meal Shake menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat.

2)  Membekal nutrisi kepada sel badan dan ia sangat kaya dengan protein. Membantu dalam pembinaan sel-sel kulit, rambut, organ dan lain-lain.(So, sesuaila untuk dapat sel kulit atau rambut yang cantik)

3)  Membantu Tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk pembinaan tulang (Amat membantu untuk pembesaran anak-anak)

4)  Anti-oksida (Awet muda lah tu)

5)  Detoksifikasi - Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus. ( sejak amalkan Meal Shake, proses penghadaman anak saya memang nampak perubahan yang ketara. Mereka lebih mudah buang air besar berbanding sebelum ini)

Meal Shake boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda. Lebih sedap jika dicampur/dikisar dengan buah-buahan


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com

Sunday, 6 January 2013

B Complex dan Migraine

Saya telah didiagnose mengalami Prophylaxis Migraine lebih kurang 3 minggu lepas. Migraine saya agak kritikal juga. Keputusan EEG saya, MasyaAllah grafnya sangatlah menakutkan. Migraine ada banyak jenis dan yang sedang saya hadapi adalah 'Cluster Migraine' dimana sakitnya menekan di sekitar mata kanan sahaja.

Doktor bekalkan saya dengan 4 jenis ubat iaitu Flunarizine 5mg (untuk migraine), Amitriptyllin 25mg (ubat ini biasanya diberi untuk merawat depression), Dexamethason (steroid) dan Naproxen (pain killer). Saya memang tidak gemar mengambil ubat walaupun saya adalah ahli farmasi.

Saya mencari alternatif untuk merawat migraine kerana tidak mahu bergantung kepada ubat kimia. Alhamdulilah Allah mengilhamkan saya untuk mengambil B-complex secara konsisten. 3 hari pertama saya mengambil 2 biji B-complex. Migraine saya beransur kurang atau dalam kata yang lain sakitnya masih ada tetapi tidak kuat. hari ke-4 saya hanya ambil sebiji sahaja bersama vitamin C selepas sarapan pagi. dan hari ini selepas 7 hari mengambil B-complex secara konsisten saya tak mengalami sakit kepala lagi walaupun waktu tidur saya hanya 3 jam sahaja.

Saya mula mencari artikel-artikel tentang migraine. Memang ternyata benar B-complex merupakan salah satu vitamin yang membantu merawat migraine kerana vitamin ini banyak membantu tugas-tugas saraf dan salur darah didalam otak agar mereka dapat bekerja dengan lebih baik dan efisien.

Dan inilah vitamin B-complex yang menjadi rakan karib saya sekarang


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com

Saturday, 5 January 2013

Joint Health Tablet - Hadiah Terbaik Untuk Sendi Anda !!!



Shaklee Advanced Joint Health Tablet is a proprietary formulation that features a combination of highly effective ingredients that have been shown to support mobility, flexibility, and the healthy functioning of joints. Shaklee Advanced Joint Health Tablet is made with a fast acting ingredient that works fast to provide nutritional support to the joints.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet contains a unique patent-pending, fastacting form of Boswellia extract, Corn Extract and other key nutrients including Zinc, Copper, Manganese and vitamin C to help bring joint comfort and mobility. By using plant and mineral based ingredients, Shaklee Advanced Joint Health Tablet is a 100% vegetarian formula.


Jom lihat secara spesifik apa fungsi Boswellia, hero dalam JHT:

Ekstrak daripada Boswellia serrata telah dikaji secara klinikal untuk Osteoartritis dan fungsi sendi. Kesan positif daripada Boswellia dalam beberapa penyakit kronik radang termasuk rhematoid arthritis, bronkiol asma, osteoartritis, ulser kolitis telah dilaporkan. 
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Boswellia_serrata

Dikatakan juga Boswellia ini mempunyai fungsi NSAID (non steroidal anti-inflammatory drug) aka ubat tahan sakit seperti Celecoxib dan Tramadol. 

Pengalaman peribadi saya mengambil JHT, Alhamdulilah memberi kesan yang positif. Sakit tumit dan tapak kaki yang sering dialami beransur hilang selepas pengambilan JHT selama 3 hari. 

Mungkin JHT menjadi pilihan anda untuk dihadiahkan kepada ibubapa, suami atau isteri? fikir-fikirkan ya...


Didatangkan sebanyak 60 biji/botol, anda boleh memiliki Joint Health Tablet dengan harga RM99 sebotol.
Tetapi pada bulan ini, promo Shaklee JHT memungkinkan anda mendapatkannya dengan harga lebih murah



Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...