Wednesday, 19 June 2013

Pilihan Vitamin Semasa Menunaikan Umrah



Setiap muslim sudah tentu mempunyai cita-cita untuk menjejakkan kaki ke Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah sama ada menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah atau menunaikan Haji.




Alhamdulilah, saya dan suami dijemput menjadi tetamuNya baru-baru ini. Semestinya perasaan kami sangat 'excited', nyata perasaan itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Tanggal 14/5/2013, bermulalah musafir kami. Kami bemula dengan negara Turki yang penuh dengan sejarah tamadun Islam. 

Menyeberangi Selat Marmara dari Istanbul ke Bursa


4 hari di Turki, kami bertolak menuju ke Madinah, menziarahi makam Rasul tercinta Nabi Muhammad S.A.W. Sememangnya kedamaian amat-amat dirasai semasa berada di bumi Madinah.





Tanggal 22 Mei 2013, musafir kami bersambung pula ke bumi suci Allah, Makkah Al-Mukarramah untuk menyelasaikan ibadah umrah.

Saya dan suami telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melalui kembara ini. Sudah pasti beberapa jenis vitamin Shaklee menjadi pilihan agar kami sentiasa sihat dan cergas untuk ke sana sini demi melihat keagungan ciptaanNya. Jom kita kongsi apakah vitamin yang telah dibawa.






Ini adalah produk yang wajib dibawa kerana kami ingin memastikan tubuh dan sistem imun berada di tahap yang paling maksima. Perubahan suhu yang tidak menentu sepanjang permusafiran sudah pasti sedikit sebanyak mengganggu sistem dalam tubuh. Alhamdulilah berbekalkan Nutriferon 1 sachet setiap pagi, saya dan suami sihat sehinggalah kami pulang ke Malaysia. Kami tidak demam, batuk dan sebagainya sepanjang kembara itu. Sesungguhnya daripada Allah jua yang memberikan kesihatan yang baik kepada kami.






Kami banyak berjalan. Jarak hotel kami ke Masjidilharam lebih kurang 500-600 meter. Setiap hari kami perlu berjalan hampir 5km! Kadang-kadang kaki terasa sungguh lemah nak melangkah. Maklumlah di Malaysia kerjanya banyak duduk sahaja. Sebab itu kami memilih Joint Health Tablet sebagai bekalan. Selesai melaksanakan umrah yang pertama, tapak kaki saya terasa sakit. Justeru, esok paginya saya mengambil 2 tablet JHT dengan harapan sakit itu pergi kerana saya nak rebut 60 ganjaran pahala yang dijanjikan Allah menerusi tawaf di kaabah. Alhamdulilah menjelang tengahari, sakit itu tiada lagi. Alhamdulilah.




Vitamin yang seterusnya sudah tentulah kegemaran saya iaitu Ostematrix



Ostematrix memastikan tulang dan sendi-sendi saya dan suami dapat berkerja dengan baik. Selain itu, pengambilan Ostematrix memberikan kami tidur yang nyenyak walaupun jumlah jam tidak cukup. bayangkanlah kami masuk tidur lebih kurang jam 11 malam dan keesokan paginya harus bangun dalam lingkungan jam 3 pagi kerana waktu subuh masuk sekitar jam 4.12 pagi. Dengan mengambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur, Alhamdulilah kami dapat bangun tepat pada waktu dan tubuh terasa segar.






B-complex adalah vitamin asas yang tidak boleh ditinggalkan. Dengan pengambilan B-complex,tenaga kami seolah-olah dijana hampir setiap waktu. Patutlah kami kuat makan sepanjang permusafiran.Rupa-rupanya vitamin B-complex sedang menjalankan tugasnya untuk menukarkan makanan/glukos tersebut kepada tenaga. Seperkara lagi, emosi kami sentiasa ceria walaupun menempuh bermacam-macam dugaan seperti perubahan suhu yang agak ekstrem dan tempoh penerbangan yang sangat panjang iaitu hampir 11 jam.

Mungkin pengalaman ini boleh menjadi panduan kepada rakan-rakan yang akan pergi menunaikan Umrah. Kita susah kan nak ke sana, jadi persiapkanlah diri agar dengan izinNya kita sentiasa sihat untuk melaksanakan ibadat umrah. Dan bila berada di bumi Madinah dan Mekah, ambillah peluang untuk minum air zam-zam sebanyak-banyaknya. Berdoalah :

" Ya Allah Ya Tuhanku, berkat air zam-zam ini berikanlah daku rezeki yang luas, ilmu yang bermanfaat dan kesembuhan dari segala penyakit sama ada penyakit fizikal ataupun penyaki hati"

Mudah-mudahan Allah merahmati kita In Shaa Allah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...