Hari ini bertarikh 13 Syaaban 1434H. Bermakna kurang 3 minggu lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan yang penuh barakah. Kita sedia maklum bahawa segala amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan digandakan pahalanya dari 10 hingga 700 kali ganda. Oleh itu rebutlah ganjaran yang disediakan Allah kepada kita.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, pastinya telah atau sedang mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi Ramadhan. Ada sesetengah ibu yang bimbang jika pengeluaran susu akan terganggu sepanjang mereka berpuasa. Justeru mereka akan cuba 'consume' vitamin-vitamin tertentu untuk memastikan segalanya berjalan dengan baik. Saya akan cuba memberi sedikit panduan kepada ibu-ibu bagaimana pembahagian masa untuk mengambil vitamin sepanjang Ramadhan nanti.
Semasa Sahur :
Selepas makan nasi atau apa jua hidangan sahur beserta kurma, minumlah 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drink dan makan 3 biji Alfalfa.
Semasa berbuka:
Mulakan dengan kurma. Selepas makan hidangan berbuka, bancuhlah 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drink disertai dengan 2 biji Alfalfa
Sebelum tidur:
Makanlah vitamin-vitamin lain seperti Vitalea dan B-complex.
Panduan ini adalah panduan asas untuk anda. Jika anda juga mengambil vitamin-vitamin lain, mohon hubungi saya agar dapat dijadualkan masa makannya.
Vitamin-vitamin ini sangat membantu ibu agar tidak letih dan tidak dahaga sepanjang berpuasa. Pengeluaran susu juga In Shaa Allah tidak terganggu jika diambil secara konsisten.
Selamat berpuasa kepada semua ibu-ibu :)
Kredit to http://www.anakkuwiraku.com
No comments:
Post a Comment