Jom kita gali ilmu tentang Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang normal.
Vitamin larut air ini mudah hilang dari tubuh melalui air kencing. Ini bermakna kita memerlukan bekalan vitamin C yang berterusan dalam diet seharian.
FUNGSI
1) Membentuk kolagen untuk membina sel kulit, tendon, ligamen, dan saluran darah
2) Menyembuhkan luka dan merawat parut
3) Memperbaiki sistem pendarahan
4) Meningkatkan sistem imun tubuh
5) Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang pengaktifan radikal bebas (Radikal bebas merupakan salah satu bahan yang menyebabkan kanser dan penyakit jantung)
6) Mencantikkan kulit
7) Membantu mengekalkan kolesterol baik (HDL)
1) Anemia
2) Gusi berdarah
3) Kurang keupayaan untuk melawan jangkitan
4) Menurunkan kadar penyembuhan luka
5) Rambut kering dan bercabang
6) Mudah lebam
7) Gingivitis (radang gusi)
8) Hidung berdarah
9) Kulit kasar, kering dan bersisik
Tubuh kita tidak mampu menghasilkan vitamin C, dan ia juga tidak menyimpan vitamin C. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil secukupnya makanan yang mengandungi vitamin C dalam diet harian.
Memasak makanan dalam tempoh masa yang panjang boleh mengurangkan kandungan vitamin C. Sumber makanan yang terbaik untuk vitamin C adalah buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak atau mentah.
Perokok atau mereka yang terdedah kepada asap rokok memerlukan jumlah pengambilan vitamin C yang lebih tinggi kerana vitamin ini mudah termusnah akibat terdedah kepada asap rokok Begitu juga kepada wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Pengambilan vitamin C perlu ditingkatkan dalam diet harian.
Sumber :MedlinePlus Medical Encyclipedia
Vitamin C Shaklee, apa kelebihannya??
1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release dimana ia dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin C mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.
2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.
Sebotol mengandungi 180 biji vitamin C (500mg/tablet)
Pengambilan sebiji sehari membolehkan ia bertahan selama 6 bulan
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
No comments:
Post a Comment