Wednesday, 12 February 2014

Vivix untuk cinta hatiku

Hari ni bersemangat nak order vivix untuk mak, cinta hati saya sehingga hujung nyawa

Sejak consume vivix, kesihatan mak makin awesome. Alhamdulilah!! Tiada lagi asma, tekstur kulit makin cantik, badan rasa lebih ringan dan segar.

Saya bekalkan mak vivix kerana yakin ia membantu memberikan kesihatan yang optimum untuk mak.

Selepas kematian abah, mak tinggal seorang di kampung. Maka, saya perlu pastikan mak sentiasa sihat. Sekurang-kurangnya mak boleh bawa kereta ke surau untuk belajar tajwid bersama rakan-rakannya. Sekurang-kurangnya mak boleh ke kedai untuk membeli barang keperluannya. Sekurang-kurangnya juga mak dapat ziarah kubur arwah suami dan anaknya tatkala merindui mereka.

Semalam baru telefon mak. Katanya jus Shaklee dah nak habis. Ok mak, saya order sekarang :)


Posted via Blogaway

Sunday, 9 February 2014

Shaklee Wellness Set - Suplemen Asas Untuk Seisi Keluarga

Sedang mencari-cari supplemen terbaik untuk seisi keluarga?? Jangan risau kerana Program Kesejahteraan Keluarga Shaklee telah tersedia untuk anda.



Apa yang ada dalam Shaklee Wellness Programme Set ni??

1) Shaklee Vita-Lea
2) Shaklee B-Complex with Folic Acid
3) Shaklee Vita-C Plus
4) Shaklee Energizing Soy Protein (ESP)

Fungsi setiap satu vitamin ini pastinya untuk memberikan kesihatan yang optimum kepada anda dan keluarga.

Siapa pula yang sesuai mengambil set ini??

1) Tentulah anda kan
2) Suami/isteri
3) Ibu bapa / mertua
4) Adik beradik / saudara mara

Harganya pasti istimewa. Hanya RM319 sahaja, siap sampai ke rumah anda tau. Tawaran menarik bulan ini pula dimana setiap pembelian 6 botol Vita-lea akan mendapat percuma 1 botol Vita-lea. 

Berbaloi bukan??

Apa tunggu lagi, hubungi saya segera ya.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms / whatsapp : 019-7360788
FB : Ilham Vitahealth
emel : ndsak82@gmail.com

Saturday, 8 February 2014

Flabby arm saya sudah gone!!!!


Flabby Arm... tak cantik kan. Walaupun orang tak nampak tapi hati tetap rasa tak best.

Flabby arm terjadi atas beberapa sebab:

1) Lambakan lemak di sekitar lengan
2) Atropi - bila otot-otot lengan tak digunakan secara aktif, maka ia akan jadi lembik dan berlemak

Saya menggunakan dumbell untuk toning semula otot-otot terutama dibahagian lengan dan peha. Selain itu, ESP menjadi pilihan saya untuk menggalakkan pembaikan otot. Seperti membina sebuah bangunan, kita memerlukan bahan-bahan yang betul untuk mengukuhkan bangunan yang kita bina. Sama juga halnya dalam muscle toning. Protein adalah bahan utama untuk membina otot. Maka pengambilan yang betul perlu dipertimbangkan.

Biasanya saya akan minum 2 sudu ESP bersama 1 sudu Performance Drink 1 jam sebelum sesi aerobik. Rasionalnya adalah agar otot-otot dapat dibekalkan dengan nutrien protein yang secukupnya sepanjang sesi aerobik. Apabila protein mencukupi, otot-otot yang rosak juga dapat dibaiki dengan cepat lalu menghasilkan otot yang lebih kenyal dan elastik.

Performance drink pula untuk mengelakkan kehilangan air dari badan secara drastik. 

Dua bulan sesi aerobik, saya berjaya kecilkan lengan kiri dan kanan sebanyak 2 inci. Manakala peha pula mengecil sebanyak 5 inci !! Lengan juga dah tak lembik lagi dan terasa otot-otot lebih kenyal dan anjal.

So, kepada yang nak dapatkan lengan dan peha yang cantik rajin-rajinla buat senaman yang disyorkan beserta pengambilan protein yang berkualiti.

Nak tau lebih lanjut, hubungi saya ok.

Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms / whatsapp : 019-7360788
FB : Ilham Vitahealthemel : ndsak82@gmail.com

Bintik Putih Bawah Mata Petanda Kolesterol Tinggi


Pernah tak anda perasan ada bintik-bintik putih di bawah mata anda?? 

Saya pernah mengalaminya suatu ketika dulu. Pada mulanya saya hanya fikir itu sekadar masalah kulit, tambahan pula tekstur kulit saya memang agak oily. Suatu hari tergerak hati nak buat blood test di klinik. Terkejut sungguh bila lihat total kolesterol saya mencecah 6.1!!! sangat tinggi.Trigliseride pula dah hampir border line

Saya mula search info tentang high cholesterol level di internet. Lahai rupanya bintik bawah mata tu antara petanda kolesterol tinggi dalam badan. 

Oh, tak boleh jadi ni. Saya mesti buat sesuatu. Saya mula terfikirkan Omega Guard yang ada dalam almari vitamin saya. Sebelum ni Omega Guard tu hanya untuk anak-anak dan suami sahaja. 

Saya mula amalkan Omega Guard 2 biji setiap hari selepas lunch. Selain itu, jika saya makan makanan yang tinggi kandungan lemak, saya akan pastikan ambil 2 biji garlic. Garlic ini berfungsi untuk mencairkan darah.

Minggu lepas saya repeat semula blood test. Alhamdulilah, total kolesterol saya dah turun kepada 5.1. Trigliseride juga dah rendah. Semalam saya baru perasan bintik putih bawah mata pun dah makin mengecil dan makin kurang. Alhamdulilah!!!


Blood test yang terkini.. Lihat yang garis merah tu. kolesterol dah turun dari 6.1 ke 5.1
trigleseride pula dah low :)


Lepas ni memang kena pastikan Omega Guard diambil secara konsisten. Kolesterol saya masih belum cantik, tapi sekurang-kurangnya taklah tinggi macam dulu lagi. 


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms / whatsapp : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com

Thursday, 18 July 2013

Roti Jala Citrawarna dan Kari Daging Kerisik




Syukur alhamdulilah dengan segala rezeki kurniaan Allah Yang Maha Esa. Hari ni saya nak share resepi iftar hari ke-4 iaitu roti jala citrawarna dan kari daging kerisik.Jom kita belajar resepinya :)

Roti Jala Citrawarna (boleh rujuk resepi asal di sini)

Bahan-bahan (boleh dapat lebih kurang 15 keping roti jala)

  • 200g tepung gandum
  • 1 camca teh garam
  • 200 ml susu segar
  • 2 biji telur (di pukul sedikit )
  • 200 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air ) 
  • 2 pewarna yang disukai
  • minyak untuk melenser

Cara-cara

  1. Masukkan tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air.. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus. Untuk lebih mudah masukkan semua bahan dan blender agar lebih halus. 
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan pewarna yang berbeza bagi setiap bahagian. Masukkan adunan ke dalam botol mayonis 
  3. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  4. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  5. Ambil botol pertama, buat jalaan menegak
  6. Ambil pula botol kedua, buat jalaan melintang
  7. Biar sebentar sehingga masak, angkat dan gulungkan

Kari Daging/Tetel Kerisik (Resepi asal dari K.fida)

Bahan-bahan ( 1 famili )

  • 1 kilo daging/tetel -dipotong nipis dan rebus empuk.
  • 2 sb cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 jari halia*
  • 4-5 sb rempah kari daging-dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga (penumis)
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya utk kuah

Cara-cara

  1. Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bwg besar dan bwg putih yg dihiris juga daun kari hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam,asam gelugur,kerisik,kacau rata dan masak hingga mendidih.Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato.Renihkan lagi 10-15 min.Siap untuk dihidangkan. 

Yum...yum...yummy... laju je berbuka arini dengan roti jala cicah kari tetel. Lepas dah menikmati tetel yang berlemak tu wajib jugak la makan 2 biji Shaklee Garlic Complex untuk mengawal kadar kolesterol dalam darah




Friday, 28 June 2013

Mengapa Koenzim Q10 Penting Untuk Tubuh Kita??

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita. Ia lebih banyak ditemui didalam organ-organ yang bekerja lebih keras seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh bagi menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga. Proses ini memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.Proses penghasilan tenaga ini berulang beribu kali setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membenarkan organ-organ tubuh lain berfungsi. Tanpa CoQ10, sel-sel tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.





CoQ10 disahkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh badan. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah yang sihat/normal.

Selain itu CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan dan membantu melindungi arteri dari mendakan kolesterol atau lipoprotein berkepekatan rendah (LDL).

Untuk mendapatkan manfaat ini, Shaklee telah memperkenal CoQ10 atau lebih dikenali sebagai CoQHealth Plus. Produk ini mengandungi kesemua unsur semulajadi daripada 28mg CoQ10 dengan vitamin E dan ekstrak teh hijau yang didatangkan di dalam satu kapsul.



Hubungi saya jika ingin mendapatkan produk ini buat diri anda atau keluarga. Pastinya konsultasi yang terbaik akan diberikan kepada anda


Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms / whatsapp : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com





Friday, 21 June 2013

Penyusuan Sepanjang Ramadhan

Hari ini bertarikh 13 Syaaban 1434H. Bermakna kurang 3 minggu lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan yang penuh barakah. Kita sedia maklum bahawa segala amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan digandakan pahalanya dari 10 hingga 700 kali ganda. Oleh itu rebutlah ganjaran yang disediakan Allah kepada kita.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, pastinya telah atau sedang mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi Ramadhan. Ada sesetengah ibu yang bimbang jika pengeluaran susu akan terganggu sepanjang mereka berpuasa. Justeru mereka akan cuba 'consume' vitamin-vitamin tertentu untuk memastikan segalanya berjalan dengan baik. Saya akan cuba memberi sedikit panduan kepada ibu-ibu bagaimana pembahagian masa untuk mengambil vitamin sepanjang Ramadhan nanti.


Semasa Sahur :

Selepas makan nasi atau apa jua hidangan sahur beserta kurma, minumlah 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drink dan makan 3 biji Alfalfa. 


Semasa berbuka:

Mulakan dengan kurma. Selepas makan hidangan berbuka, bancuhlah 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drink disertai dengan 2 biji Alfalfa


Sebelum tidur:

Makanlah vitamin-vitamin lain seperti Vitalea dan B-complex.


Panduan ini adalah panduan asas untuk anda. Jika anda juga mengambil vitamin-vitamin lain, mohon hubungi saya agar dapat dijadualkan masa makannya.

Vitamin-vitamin ini sangat membantu ibu agar tidak letih dan tidak dahaga sepanjang berpuasa. Pengeluaran susu juga In Shaa Allah tidak terganggu jika diambil secara konsisten.

Selamat berpuasa kepada semua ibu-ibu :)


Kredit to http://www.anakkuwiraku.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...