Hari ini bertarikh 13 Syaaban 1434H. Bermakna kurang 3 minggu lagi kita akan bertemu bulan Ramadhan yang penuh barakah. Kita sedia maklum bahawa segala amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan digandakan pahalanya dari 10 hingga 700 kali ganda. Oleh itu rebutlah ganjaran yang disediakan Allah kepada kita.
Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, pastinya telah atau sedang mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi Ramadhan. Ada sesetengah ibu yang bimbang jika pengeluaran susu akan terganggu sepanjang mereka berpuasa. Justeru mereka akan cuba 'consume' vitamin-vitamin tertentu untuk memastikan segalanya berjalan dengan baik. Saya akan cuba memberi sedikit panduan kepada ibu-ibu bagaimana pembahagian masa untuk mengambil vitamin sepanjang Ramadhan nanti.
Semasa Sahur :
Selepas makan nasi atau apa jua hidangan sahur beserta kurma, minumlah 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drink dan makan 3 biji Alfalfa.
Semasa berbuka:
Mulakan dengan kurma. Selepas makan hidangan berbuka, bancuhlah 1 sudu besar ESP dan 1 sudu besar Performance Drink disertai dengan 2 biji Alfalfa
Sebelum tidur:
Makanlah vitamin-vitamin lain seperti Vitalea dan B-complex.
Panduan ini adalah panduan asas untuk anda. Jika anda juga mengambil vitamin-vitamin lain, mohon hubungi saya agar dapat dijadualkan masa makannya.
Vitamin-vitamin ini sangat membantu ibu agar tidak letih dan tidak dahaga sepanjang berpuasa. Pengeluaran susu juga In Shaa Allah tidak terganggu jika diambil secara konsisten.
Selamat berpuasa kepada semua ibu-ibu :)
Kredit to http://www.anakkuwiraku.com
Showing posts with label Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan. Show all posts
Friday, 21 June 2013
Sunday, 20 January 2013
Sumber Protein Terbaik - Energizing Soy Protein (ESP)
Anda mungkin tahu anda perlu makan protein, tetapi untuk apa?
Manfaat protein untuk tubuh sangat besar. Kandungan protein dalam tubuh manusia mencapai sehingga 1/6 daripada berat tubuh manusia. Protein sangat penting untuk perkembangan setiap sel dalam tubuh dan juga untuk menjaga kekebalan tubuh. Pengambilan protein yang cukup amat penting dalam pertumbuhan dan ia juga boleh membantu dalam proses penyembuhan luka, penghasilan sel hingga mengatur kerja hormon dan enzim dalam tubuh. Protein membina, mengekalkan, dan menggantikan tisu di dalam badan kita. Otot, organ-organ, dan sistem imun kebanyakannya terdiri daripada protein.
Apabila kita makan makanan yang mengandungi protein, jus pencernaan di dalam perut dan usus akan memecahkan protein dalam makanan kepada unit-unit asas, yang dipanggil asid amino. Asid amino-asid amino ini akan bergabung untuk membina beribu-ribu protein yang berbeza. Saintis telah mendapati banyak asid amino yang berbeza dalam protein, tetapi 22 daripadanya adalah sangat penting kepada kesihatan manusia.
Daripada 22 jenis asid amino ini, badan kita hanya boleh menghasilkan 13 jenis asid amino sahaja. Baki 9 asid amino lagi boleh didapati dengan pengambilan makanan yang kaya dengan protein.
Anda mungkin pernah mendengar tentang makanan berasaskan soya termasuk dakwaan bahawa soya mencegah penyakit seperti kanser dan penyakit jantung. Jadi apa cerita sebenar mengenai soya?
Soya, kacang serba boleh adalah sumber yang baik untuk membekalkan kesemua asid amino yang diperlukan tubuh. Soya menjadi pilihan istimewa kerana ia adalah sumber protein yang besar dan mengandungi nutrien penting lain seperti serat, vitamin B, Omega 3 dan lemak tidak tepu (unsaturated fat). Makanan yang mengandungi protein soya juga dijadikan sebagai alternatif yang sihat untuk daging dan produk haiwan lain yang mengandungi kolesterol dan lemak tepu (saturated fat)
ESP - Protein Soya Lengkap dengan 22 Jenis Asid Amino Penting
Energizing Soy Protein ini diiktiraf di seluruh dunia dan mempunyai kajian klinikal yang sangat komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi. Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan ESP adalah organik, tidak mengandungi GMO (Genitically Modified Organism). Setiap 850g ( 1 canister ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang boleh memberi tenaga segera dan bertahan lama.
Protein yang terhasil dari 3 sudu besar ESP adalah bersamaan dengan : 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu
Siapa yang perlu kepada ESP?? Semua peringkat golongan sebenarnya kerana sel-sel tubuh kita sentiasa mengalami proses kelahiran dan kematian. Untuk mendapatkan sel yang sihat maka keperluan protein yang cukup dan berkualiti amatlah penting.
Saya dan ESP
Semasa menyusu anak, ESP sangat-sangat membantu semasa proses penghasilan susu badan.Seperti yang diketahui komposisi utama susu ibu adalah kalsium dan protein, maka sangat bertepatan bagi ibu-ibu untuk mengambil ESP sebagai 'BAJA' untuk menghasilkan susu yang hebat yakni banyak dan berkualiti dengan izinNYA.
Saya juga menyukai ESP dari aspek pembentukan sel yang sihat. Benar, ESP telah mengurangkan kesan pigmentasi yang saya alami dan kulit terasa lebih anjal.
![]() |
| Sarapan pagi saya sebelum ke klinik |
![]() |
| ESP dulu sebelum tidur |
call/sms / whatsapp : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
Thursday, 4 October 2012
Kalsium Bukan Untuk Gigi dan Tulang??
Ya memang betul, keperluan kalsium bukanlah untuk kesihatan gigi dan tulang semata-mata.. malah peranan kalsium adalah lebih dari itu. Jom belajar kenapa kita memerlukan kalsium setiap hari.
Gambaran keseluruhan:
Kalsium adalah mineral yang paling banyak di dalam badan kita. Ia penting untuk pembangunan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga membantu jantung, saraf, otot, dan sistem badan yang lain berfungsi dengan betul. Ia mungkin paling dikenali untuk membantu mencegah osteoporosis.
Badan anda memerlukan beberapa nutrien lain agar kalsium mudah diserap dan digunakan dengan betul, iaitu magnesium, fosforus, dan terutama sekali vitamin D dan K.
Cara terbaik untuk mendapatkan kalsium adalah melalui makanan. Banyak makanan diperkaya dengan kalsium, tetapi sesetengah orang mungkin perlu mengambil kalsium tambahan. Amat penting bagi kanak-kanak untuk mendapat sumber kalsium yang cukup dalam diet kerana mereka berkembang dan membentuk tulang, malah untuk orang tua pula, kalsium amat penting kerana mereka mula kehilangan tulang dari hari ke hari.
Wanita putus haid, orang-orang yang mengambil sejumlah besar kafein, alkohol, atau soda, dan mereka yang mengambil ubat kortikosteroid juga memerlukan kalsium tambahan.
Mendapat kalsium yang cukup boleh membantu mencegah atau merawat keadaan kesihatan berikut:
Osteoporosis
Badan kita memerlukan kalsium untuk membantu membina dan mengekalkan tulang yang sihat dan gigi yang kuat. Penyusutan tulang menjadi lebih cepat berbanding pembinaannya pada usia kira-kira 30 tahun.Malah proses penyusutan ini akan menjadi lebih cepat deiring dengan penambahan usia. Kajian telah menunjukkan bahawa kalsium, terutamanya dalam kombinasi dengan vitamin D, boleh membantu mencegah kehilangan tulang dikaitkan dengan menopaus. Ia juga boleh membantu mencegah kehilangan tulang di kalangan lelaki.
Hypoparathyroidism
Orang dengan keadaan ini mempunyai kelenjar paratiroid begitu aktif. Keempat-empat kelenjar kecil duduk di atas empat penjuru tiroid di leher dan menghasilkan hormon yang mengawal kalsium, fosforus, dan tahap vitamin D dalam badan. Orang dengan keadaan ini harus mengambil lebih kalsium dan mengambil diet rendah fosforus sebagaimana yang ditetapkan oleh doktor mereka. Selalunya, mereka juga perlu mengambil kalsium tambahan.
Sindrom Prahaid (PMS)
Terdapat kajian menunjukkan bahawa wanita yang mengambil 1,200 mg kalsium setiap hari boleh mengurangkan simptom PMS sebanyak 50%, termasuk sakit kepala, kemurungan, ketagihan makanan, dan kembung. Satu kajian yang lebih kecil mencadangkan bahawa kalsium boleh membantu mengurangkan kesakitan haid.
Tekanan Darah Tinggi
Orang yang tidak mendapat kalsium yang cukup mungkin berisiko tinggi bagi hipertensi atau tekanan darah tinggi. Beberapa kajian menunjukkan bahawa meningkatkan tahap kalsium boleh menurunkan tekanan darah sedikit.
Beberapa kajian mencadangkan bahawa supplemen kalsium boleh memainkan peranan dalam pencegahan tekanan darah tinggi semasa mengandung dan preeclampsia, kombinasi tekanan darah tinggi, pengekalan cecair, dan tahap yang tinggi protein dalam air kencing yang sering diaalami oleh wanita mengandung semasa trimester terakhir kehamilan . Walau bagaimanapun, tidak semua kajian menunjukkan manfaat yang sama. Mengambil vitamin pranatal, dengan magnesium, asid folik, dan banyak lain-lain nutrien, dan mendapat kalsium yang cukup dalam makanan, boleh mengurangkan risiko mendapat tekanan darah tinggi semasa mengandung.
Kolesterol Tinggi
Kajian awal pada haiwan dan manusia menunjukkan bahawa kalsium, dalam lingkungan 1,500 - 2,000 mg sehari, boleh membantu untuk menurunkan sedikit paras kolesterol. Dari kajian ini, ia seolah-olah menunjukkan bahawa kalsium bersama-sama dengan senaman dan diet yang sihat, mungkin memberi impak yang lebih baik untuk menurunkan kolesterol pada tahap yang normal.
Riket
Riket menyebabkan merapuhkan dan melemahkan tulang pada kanak-kanak. Ia masih berlaku di banyak bahagian dunia. Penyelidik mendapati riket telah disebabkan oleh kekurangan vitamin D. Tetapi satu kajian pada tahun 2000 menunjukkan bahawa mengambil makanan tambahan kalsium adalah satu rawatan berkesan.
Kegunaan Lain
Strok - Dalam satu kajian yang berasaskan penduduk, di mana kumpulan besar orang telah diikuti sepanjang masa, wanita yang mengambil lebih kalsium, melalui kedua-dua makanan dan makanan tambahan, adalah kurang berkemungkinan untuk mengalami strok dalam tempoh 14 tahun.
Cadangan Pengambilan Kalsium Harian:
Pediatrik
Perlu Berbincang dengan pakar pediatrik anda sebelum memberi anak apa-apa tambahan pemakanan, termasuk kalsium.
- Lahir - 6 bulan: 200 mg
- 7 bulan - 1 tahun: 260 mg
- 1 - 3 tahun: 700 mg
- 4 - 8 tahun: 1000 mg
- 9 - 18 tahun: 1.300 mg
Dewasa
- 19 - 50 tahun: 1,000 mg
- Wanita 51 tahun dan lebih tua: 1,200 mg
- Lelaki 51 - 70 tahun: 1,000 mg
- Lelaki lebih tua daripada 70: 1,200 mg
- Mengandung dan yang menyusukan wanita di bawah umur 19 tahun: 1.300 mg
- Mengandung dan yang menyusukan wanita 19 tahun dan lebih tua: 1,000 mg
Sumber artikel :http://www.umm.edu/altmed/articles/calcium-000290.htm
Shaklee Ostematrix

Ostematrix juga telah direka agar mudah untuk ditelan. Jadi tidak mendatangkan masalah bagi sesiapa yang mengalami masalah untuk menelan tablet.
Didatangkan sebanyak 120 biji/botol, anda boleh memiliki Ostematrix dengan harga RM61 sebotol.
Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
Friday, 28 September 2012
Raja Segala Tumbuhan
Alfalfa merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Alfalfa telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun dan dikenalpasti sebagai tumbuhan yang kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian.
Alfalfa kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin dan 8 enzim.
Antara manfaat alfalfa yang telah dikenalpasti adalah :
* Mencuci hati, darah dan usus - Ia bersifat alkali justeru boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin badan, membersihkan hati, kolon, dan darah.
* Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap dan bau badan.
* Baik untuk perubahan patologi dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
* Menyingkirkan lemak dan kolesterol - Kajian klinikal terbukti bahawa alfalfa boleh mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi.
* Melegakan keletihan
* Mencegah atritis
Shaklee Alfalfa Complex
Shaklee alfalfa (Medicago sativa) ditanam secara organik. Bebas dari pestisid dan menggunakan baja bebas kimia. Medicago sativa memiliki gred yang tertinggi di kalangan tumbuhan alfalfa. Daun alfalfa shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak. Daun alfalfa yang kaya dengan klorofil dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya.
Pengalaman saya mengambil alfalfa sepanjang penyusuan amatlah memuaskan. Ternyata, susu yang dihasilkan lebih banyak dari biasa dan lebih pekat. Susu yang terhasil kelihatan agak kehijauan sedikit tetapi itu tidak manjadi masalah kepada anak.
Didatangkan dengan 2 pembungkusan seperti berikut :
Alfalfa (330 biji) - RM53.75 (EM)
Alfalfa (700 biji) - RM 97.50 (EM)
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
Thursday, 27 September 2012
C untuk "CANTIK"
Jom kita gali ilmu tentang Vitamin C
Vitamin C adalah vitamin larut air yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh yang normal.
Vitamin larut air ini mudah hilang dari tubuh melalui air kencing. Ini bermakna kita memerlukan bekalan vitamin C yang berterusan dalam diet seharian.
FUNGSI
1) Membentuk kolagen untuk membina sel kulit, tendon, ligamen, dan saluran darah
2) Menyembuhkan luka dan merawat parut
3) Memperbaiki sistem pendarahan
4) Meningkatkan sistem imun tubuh
5) Bertindak sebagai antioksidan yang menghalang pengaktifan radikal bebas (Radikal bebas merupakan salah satu bahan yang menyebabkan kanser dan penyakit jantung)
6) Mencantikkan kulit
7) Membantu mengekalkan kolesterol baik (HDL)
1) Anemia
2) Gusi berdarah
3) Kurang keupayaan untuk melawan jangkitan
4) Menurunkan kadar penyembuhan luka
5) Rambut kering dan bercabang
6) Mudah lebam
7) Gingivitis (radang gusi)
8) Hidung berdarah
9) Kulit kasar, kering dan bersisik
Tubuh kita tidak mampu menghasilkan vitamin C, dan ia juga tidak menyimpan vitamin C. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil secukupnya makanan yang mengandungi vitamin C dalam diet harian.
Memasak makanan dalam tempoh masa yang panjang boleh mengurangkan kandungan vitamin C. Sumber makanan yang terbaik untuk vitamin C adalah buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak atau mentah.
Perokok atau mereka yang terdedah kepada asap rokok memerlukan jumlah pengambilan vitamin C yang lebih tinggi kerana vitamin ini mudah termusnah akibat terdedah kepada asap rokok Begitu juga kepada wanita yang mengandung dan menyusukan bayi. Pengambilan vitamin C perlu ditingkatkan dalam diet harian.
Sumber :MedlinePlus Medical Encyclipedia
Vitamin C Shaklee, apa kelebihannya??
1. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk sustained release dimana ia dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita. Memandangkan vitamin C mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi sustained release adalah sangat diperlukan.
2. Satu tablet vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 7 setengah biji oren. Ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet.
3. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.
Sebotol mengandungi 180 biji vitamin C (500mg/tablet)
Pengambilan sebiji sehari membolehkan ia bertahan selama 6 bulan
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Untuk pertanyaan dan pesanan, sila hubungi saya melalui :
call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
Vitamin Wajib "B-Complex"
Sering kita dengar orang mengeluh "saya letih", "saya takde tenaga" atau pun "saya tension la". Kenapa agaknya ya tubuh kita selalu tunjuk simptom-simptom macam ni?
Jawapannya kerana tubuh ini kekurangan Vitamin B-complex. Tubuh tak pernah menipu ya. Jika kekurangan sesuatu vitamin, tubuh kita tak malu-malu untuk menunjukkan simptomnya.
Apa itu Vitamin B-Complex?
Vitamin B-Complex merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut dalam air. Kumpulan B-Complex terdiri daripada sebelas vitamin B iaitu:
1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B11
7. B12 (cobalamine)
8. Acid folic
9. Asid panthothenic
10. Biotin
11. Amino Asid
Kelebihan Vitamin B Complex
Vitamin ini bertindak sebagai:
•membantu dalam menukarkan karbohidrat kepada glukosa untuk penghasilan tenaga kepada tubuh badan.
•membantu dalam menukarkan lemak kepada protein( ini membantu sistem saraf berfungsi dengan normal)
•Vitamin B juga penting untuk pembentukan sel badan jadi ianya penting untuk kesihatan kulit, rambut, mata dan kuku
•Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran.
•Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina bifida.
•Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular yang lebih baik.
Mengapa pula Shaklee Vitamin B-Complex?
Kerana ia lengkap dengan 8 vitamin B yang penting untuk tubuh iaitu :
1. Thiamine (B1)
2. Riboflavin (B2)
3. Panthothenic Acid
4. Niacin
5. Biotin
6. Folic Acid
7. Pyridoxine (B6)
8. Cobalamine (B12)
•Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif - Asid folik tambahan dan vitamin B penting tidak mudah diserap. Oleh itu, Shaklee berjaya menghasilkan kandungan asid folik yang unik serta boleh membuatkan zat makanan lebih mudah diserap dan teknologi berpaten ini eksklusif untuk Shaklee.
•Mudah di telan
Kepentingan Pengambilan Vitamin B complex Shaklee:
Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.
1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.
2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.
3. Stress mampu memusnahkan B-Complex sama ada stress dari mental atau fizikal. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.
4. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B-Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.
5. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complex dengan mudah.
6. Pengambilan kafein juga boleh memusnahkan B-complex
Adakah kita berada diantara salah satu situasi diatas? Jika ya, pengambilan B-complex perlulah dititik beratkan.
Untuk sebarang pertanyaan dan pesanan, hubungi saya melalui:
Call/sms : 019-7360788
emel : ndsak82@gmail.com
Pengalaman Penyusuan Susu Ibu Bersama Shaklee
Saya berjaya menyusukan puteri pertama, Nasuha dengan khasiat susu ibu sehingga umurnya setahun 3 bulan. Masa tu takde consume apa-apa vitamin pun. Cuma minum banyak air dan jaga makan. Saya tak pernah biarkan perut lapar kerana yakin itu akan mengurangkan penghasilan susu.
Melahirkan putera kedua Abdul Naqeeb, saya bertekad untuk menyusukan beliau dengan tempoh yang lebih lama dari kakaknya. Alhamdulilah semasa dalam pantang saya telah berkenalan dengan Shaklee dan timbul perasaan ingin mencuba vitamin-vitamin dalam set penyusuan iaitu:
1. B-complex
2. Vitalea Multivitamin
3. Vitamin C
4. Alfalfa
Saya bermula dengan trial pack sahaja. Perasaan was-was masih ada dan takut tak dapat habiskan kesemua vitamin berkenaan jika ambil full pack.
Alhamdulilah setelah amalkan vitamin-vitamin tersebut,jelas sekali pengeluaran susu amatlah memberansangkan. Jika dulu tiap kali pam,saya hanya berjaya mengumpul 3-4 oz sahaja tetapi dengan bantuan vitamin Shaklee saya dah mampu kumpul EBM sehingga 8-9 oz setiap sesi. Wah, sangat teruja!
Habis sahaja tempoh berpantang, saya berjaya mengumpul stok EBM sebanyak 80 X 30oz. Peti sejuk dah tak muat lagi nak simpan. terpaksala encik suami beli freezer untuk menyimpan stok-stok tersebut :)
Ni ada sedikit gambar stok EBM saya selepas tempoh berpantang dulu
Dan gambar diatas ni si bambam Abdul Naqeeb semasa umur 3 bulan.
InsyaAllah, di entry akan datang saya cuba kongsikan kepentingan setiap vitamin dalam set penyusuan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)










